BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »



Sunday, January 29, 2012


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu : Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid : Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat : Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu : Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat : Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu : Ayah kamu kerja apa?

Mamat : PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu : Patutlah.

0 comments: