BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »



Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidur Rasul


Saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di bumi Malaysia ini dan seluruh dunia..Tanggal 5 Februari 2012, bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433 Hijrah merupakan tarikh berlakunya ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar Nabi kita dilahirkan ke dunia.
Tema Maulidur Rasul pada tahun ini 1433H/2012 adalah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

Sunday, January 29, 2012


Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu : Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid : Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu : Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid : Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat : Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu : Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat : Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu : Ayah kamu kerja apa?

Mamat : PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu : Patutlah.

Saturday, January 21, 2012

Tahun ini, kita menyaksikan si naga mewakili kedatangan Tahun Baru Cina merupakan sambutan terpenting bagi masyarakat Cina di seluruh dunia.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan GONG XI FA CAI kepada kaum cina di seluruh Malaysia

Monday, January 16, 2012

Happy New Year..


SMiLE-it makes U look nice!
PRAY-it makes U stronger!
GIVE-it makes U richer!
LOVE-it makes U know life!

B-egin with
L-ove in Allah
E-xpect blessing
S-hare goodness
S-hine like the sun
l-nspire everybody
N-ever forget that
G-OD is with u always

Happy New Year 2012..

Monday, May 16, 2011


Salam 1 Malaysia,

Pada 16 hb Mei 2011 Hari guru akan dilangsungkan bagi peringkat kebangsaan, oleh itu saya ingin membuat sidikit ucapan selamat hari guru, kepada guru – guru di seluruh Malaysia.

Menjadi guru pada waktu ini sangat mencabar, kadang-kadang mengundang pelbagai perasaan yang tak dapat digambarkan.. oleh itu saya berharap cikgu – cikgu semua dapat mengajar dengan penuh kesabaran dan keikhlasan demi membimbing dan memberi pendidikan anak bangsa untuk masa depan..

Hari guru adalah hari yang paling dinanti dan disukai oleh Guru – guru dan para pelajar. Tahun ini Tema hari guru 2011 adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.

Friday, April 1, 2011

Happy April Fool's Day


April Fool’s Day is officially in full gear, meaning you need to be on high alert when skimming the news today. Like previous years, big Internet players jumped on the opportunity to play practical jokes on their users. Be it a Kinect-like Gmail interface, Geocities-hosted Hulu, or YouTube’s first blog post from 1911 with President William Howard Taft as a guest blogger, worry not – we have you covered with our selection of the best April 1 jokes. Don’t forget to share your own favorites in the comments.

Saturday, February 12, 2011

Salam Maulidur Rasul


Maulidur Rasul adalah merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul tersebut.

Thursday, February 10, 2011

The Heart of Valentine's Day


When we think of Valentine's Day, we often think of red roses, candy in heart- shaped boxes, mushy valentines, and winged cherubs flying about shooting starry-eyed lovers with arrows.

But did you know that the origin of Valentine's Day, or Saint Valentine's Day, comes from the life and death of a Christian martyr? According to author Martha Zimmerman, the date traditionally celebrated as St. Valentine's Day finds it origin in the Roman festival of romance called Lupercalia, when the gods Juno and Pan were honored. It was a fertility festival or a lover's holiday looking forward to the return of Spring. In the fifth century, in an attempt to abolish the pagan festival, Pope Gelasius changed Lupercalia and its February 15 date to February 14 and called it Saint Valentine's Day. Even though the names and the date were changed, the emphasis continued to be on love.

Wednesday, February 9, 2011

Pertandingan Ratu Cantik


Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.

"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak

"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh

"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata "Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"...

Burung Kakak Tua


Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"